PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
CARA BELAJAR DI LAMAN
SESAWANG & PERKONGSIAN TIPS BELAJAR
ZT1062 :
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
NAMA PENSYARAH :
ENCIK AHMAD RAFIZI SALLEH
29 SEPTEMBER 2014 - 1 DISEMBER 2014
KUMPULAN 1 :
Ain Salsabila
binti Jamaludin (A151383)
Siti Aishah
binti Mohd Yusof (A149930)
Nur Aqilah
Natasha binti Hazan (A151794)
Asna Syahirah
binti Abdullah (A147880)
Nor Atika
binti Aswad (A147207)
Siti Attiyah
binti Marzuki (A147459)
Raihan binti
Ramli (A147398)
i. Tema
Tema bagi pelaksanaan
projek bagi kursus ZT1062 ialah ‘Program Khidmat Masyarakat’ di kawasan pilihan
pelajar.
ii. Nama Projek
Nama projek yang telah
dipilih dan ditetapkan oleh ahli kumpulan 1 ialah ‘Cara Belajar Di Laman
Sesawang & Perkongsian Tips Belajar’. Kumpulan kami telah memilih Kampung
Dengkil sebagai kawasan untuk projek ini dilaksanakan.
iii. Tempoh Pelaksanaan Projek
Projek ini akan dijalankan selama lebih kurang sepuluh
minggu bermula dari tanggal 29 September 2014 minggu pertama sehingga 1
Disember 2014 bersamaan dengan minggu kesepuluh.
iv. Ahli Kumpulan
Projek
ini diketuai oleh Ain Salsabila binti Jamaludin dibantu oleh 6 orang rakan yang
turut mengambil kursus ini dalam menjayakan Program Khidmat Masyarakat kepada
penduduk kawasan Dengkil.
Ahli-ahli dalam Kumpulan 1 ini terdiri daripada:
1.
Ain Salsabila binti Jamaludin (A151383)
2.
Siti Aishah binti Mohd Yusof (A149930)
3.
Nur Aqilah Natasha binti Hazan (A151794)
4.
Asna Syahirah binti Abdullah (A147880)
5.
Nor Atika binti Aswad (A147207)
6.
Siti Attiyah binti Marzuki (A147459)
7.
Raihan binti Ramli (A147398)
v. Sumber Personal Yang Terlibat
Sumber personal yang
terlibat bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan teratur adalah
dengan bantuan dan penajaan daripada Adun cawangan Dengkil iaitu Yang
Berbahagia Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif dan juga kerjasama dan bantuan dari
Ketua Kampung Dengkil iaitu Encik Jamaludin bin Ismail.
vi. Organisasi Terlibat
Organisasi yang
terlibat dalam projek ini adalah penduduk Dengkil dan Kumpulan Pemuda Kampung Dengkil.
vii. Matlamat & Objektif Projek
Berikut
adalah antara matlamat program khidmat masyarakat:
1.
Mendedahkan
remaja kepada manfaat dan kegunaan internet.
2.
Mendedahkan
remaja dan pelajar tentang pentingnya mengurus masa belajar.
3.
Perkongsian
tips belajar kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
4.
Mendedahkan
pelajar cara mengurus tekanan dengan betul.
5.
Seterusnya,
bagi memastikan projek ini berjaya, kami akan mendokumentasikan segala bahan
dan kerja berpasukan dalam bentuk video dan gambar untuk dimuatnaik kedalam blog
kumpulan.
viii. Pelaksanaan Projek
1. Bagi
menjayakan projek ini, mensyuarat bersama ahli kumpulan 1 akan diadakan
sebanyak dua kali. Mensyuarat kali pertama bagi membahagikan tugasan dan
perjumpaan kali kedua adalah untuk membuat persediaan rapi sebelum program
dijalankan.
2. Usaha
pencarian memohan dana juga akan dilakukan bagi memastikan kelancaran projek
ini.
3. Usaha
mengedar risalah juga akan dijalankan supaya program mendapat sambutan dan
diuar-uar.
4. Surat
Jemputan kepada perasmi majlis juga akan diedarkan.
ix. Perancangan Projek
1. Penyediaan
proposal akan dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan projek ini berjalan dengan
lancar.
2. Perjumpaan
akan dilakukan dengan ahli kumpulan bagi memastikan setiap ahli tahu akan tugas
masing-masing dan berupaya melaksanakannya mengikut kemahiran masing-masing.
3. Mencari
bantuan kewangan atau dana bagi menyokong usaha murni projek ini.
4. Mencari
tempat seperti dewan atau bilik mensyuarat untuk diadakan seminar program ini.
5. Usaha
mengedar risalah kepada penduduk Kampung Dengkil juga akan diajalankan.
6. Penyediaan
tentatif program.
7. Menyediakan
surat jemputan untuk menjemput Adun Dengkil dan Ketua Kampung Dengkil sebagai
perasmi.
8. Segala
maklumat, data, gambar dan rakaman di muatnaik dalam blog kumpulan untuk
dikemaskini dan direkodkan.
9. Penyediaan
laporan akhir untuk dihantar kepada pensyarah kursus ini.
x. Senarai Pembahagian Tugasan
No
|
Nama
|
Tugas
|
1
|
Ain Salsabila binti Jamaludin
|
-
Penyediaan proposal
-
Menyediakan peralatan
-
Menyediakan Poster
Program.
-
Menyediakan surat
permohonan dana.
-
Menyediakan surat
undangan kepada ADUN dan Ketua Kampung Dengkil.
-
Menyediakan surat
permohonan meminjam bilik mensyuarat.
|
2
|
Siti Aishah binti Mohd Yusof
|
-
Bendahari
-
Memohon dana.
-
Menyediakan pengangkutan.
|
3
|
Nur Aqilah Natasha binti Hazan
|
-
Menyediakan borang
maklumbalas proram.
|
4
|
Asna Syahirah binti Abdullah
|
-
Memohon dana.
-
Mendokumentasikan
program khidmat masyarakat dalam bentuk video dan gambar.
|
5
|
Nor Atika binti Aswad
|
-
Mendokumentasikan kerja
dan mensyuarat dalam bentuk video dan gambar
-
Menyediakan tentatif
program
|
6
|
Siti Attiyah binti Marzuki
|
-
Penyediaan Laporan Akhir
|
7
|
Raihan binti Ramli
|
-
Menyediakan risalah untuk
diedar
-
Penyediaan Laporan Akhir
|
xi. Cara Mendokumentasi & Merekodkan Projek
Segala
bahan-bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini dilaksanakan
akan dikumpulkan dan didokumentasikan di dalam Blog kumpulan iaitu “Apresiasi
Teknologi Maklumat (Kumpulan 1)” yang telah ditubuhkan pada permulaan projek.
xii. Lain-lain Perancangan
- Bagi memastikan projek ini berjalan
lancar,Setiap ahli kumpulan perlu tahu dan arif
dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.
- Projek perlu dilaksanakan dalam jangka
masa yang telah ditetapkan.
- Taklimat ringkas diadakan dari semasa ke
semasa atau pemakluman kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat
aktiviti yang akan dilaksanakan.
- Merekodkan segala bahan untuk
didokumentasikan.
- Berupaya mengambil tindakan penyelesaian
masalah dengan segera sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan sepanjang
projek ini dijalankan.