Tuesday, November 11, 2014

TENTATIF PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

TENTATIF PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT



“ CARA BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET & PERKONGSIAN TIPS BELAJAR ”




TARIKH : 15 NOVEMBER 2014

HARI : SABTU

MASA : 9.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : RUMAH ENCIK JAMALUDIN BIN ISMAIL (PENGERUSI JKKKP DENGKIL)

TETAMU KEHORMAT : EN. JAMALUDIN BIN ISMAIL (PENGERUSI JKKP DENGKIL) 


ANJURAN : PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


MASA
ACARA
09.00 - 09.15
KEHADIRAN TETAMU KEHORMAT DAN PESERTA PROGRAM
09.15 - 09.30
UCAPAN PERASMIAN DAN BACAAN DOA SELAMAT
09.30 - 10.00
MAKAN DAN MINUM
10.00 - 10.30
SLOT 1: PENGENALAN CARA BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET
11.00 - 11.30
SLOT 2: PERKONGSIAN TIPS BELAJAR
11.30 - 12.00
SLOT 3: PELAJARI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET
12.00 - 12.30
SLOT 4: BELAJAR CARA MENANGANI STRESS
12.30 - 01.30
PENUTUP

SURAT MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN BILIK MENSYUARAT BAGI MENGADAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
___________________________________________________________________________

Encik Jamaludin bin Ismail,
Ketua Kampung Dengkil,
Lot 10846 Batu 1,
Jalan Air Hitam,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.                                                                                    3 November 2014

                                                                                               
Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN BILIK  MENSYUARAT BAGI MENGADAKAN PROGRAM.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon menggunakan bilik mensyuarat bagi meneruskan program khidmat masyarakat bagi Kampung Dengkil yang terletak di Sepang Selangor.

1.         Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon menggunakan bilik mensyuarat tersebut bagi mengadakan ‘Program Cara Belajar Di Laman Sesawang & Tips Belajar’ untuk pelajar-pelajar yang menetap di Dengkil pada masa dan tarikh berikut:

                        Tarikh: 15 November 2014
                        Masa  : 9.00 pagi – 12 tengahari

3.         Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini. Kerjasama tuan bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

SURAT MOHON SUMBANGAN KEPADA PUSAT KHIDMAT SISWA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________________________

Pusat Khidmat Siswa,
Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.                                                                                    3 November 2014

                                                                                               
Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KAMPUNG DENGKIL SEPANG SELANGOR.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan program khidmat masyarakat bagi Kampung Dengkil yang terletak di Sepang Selangor.

1.         Projek khidmat masyarakat ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini.

3.         Bersama-sama ini saya lampirkan kertas kerja projek ini.

4.         Kerjasama pihak tuan bagi membantu kami menjalankan projek ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

SURAT MOHON SUMBANGAN ADUN UNTUK PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________________________

Y.Bhg. Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif,
ADUN Kawasan Dengkil,
Rumah Hijau,
KM 4.5 Jalan Banting – Dengkil,
Sepang, Selangor.                                                                                           3 November 2014

                                                                                               
Y.Bhg. Dato’,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KAMPUNG DENGKIL SEPANG SELANGOR.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan program khidmat masyarakat bagi Kampung Dengkil yang terletak di Sepang Selangor.

1.         Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini.

3.         Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini.

4.         Kerjasama Y.Bhg. Dato’ bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.


Yang Benar,



…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

Monday, November 10, 2014

PROPOSAL BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


CARA BELAJAR DI LAMAN SESAWANG & PERKONGSIAN TIPS BELAJAR

ZT1062 :
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

NAMA PENSYARAH :
ENCIK AHMAD RAFIZI SALLEH

29 SEPTEMBER 2014 - 1 DISEMBER 2014

KUMPULAN 1 :

Ain Salsabila binti Jamaludin        (A151383)
Siti Aishah binti Mohd Yusof        (A149930)
Nur Aqilah Natasha binti Hazan    (A151794)
Asna Syahirah binti Abdullah        (A147880)
Nor Atika binti Aswad                   (A147207)
Siti Attiyah binti Marzuki              (A147459)
Raihan binti Ramli                         (A147398)


i. Tema

          Tema bagi pelaksanaan projek bagi kursus ZT1062 ialah ‘Program Khidmat Masyarakat’ di kawasan pilihan pelajar.

ii. Nama Projek

           Nama projek yang telah dipilih dan ditetapkan oleh ahli kumpulan 1 ialah ‘Cara Belajar Di Laman Sesawang & Perkongsian Tips Belajar’. Kumpulan kami telah memilih Kampung Dengkil sebagai kawasan untuk projek ini dilaksanakan.

iii. Tempoh Pelaksanaan Projek

Projek ini  akan dijalankan selama lebih kurang sepuluh minggu bermula dari tanggal 29 September 2014 minggu pertama sehingga 1 Disember 2014 bersamaan dengan minggu kesepuluh.

iv. Ahli Kumpulan

Projek ini diketuai oleh Ain Salsabila binti Jamaludin dibantu oleh 6 orang rakan yang turut mengambil kursus ini dalam menjayakan Program Khidmat Masyarakat kepada penduduk kawasan Dengkil.

Ahli-ahli dalam Kumpulan 1 ini terdiri daripada:

1.      Ain Salsabila binti Jamaludin        (A151383)
2.      Siti Aishah binti Mohd Yusof        (A149930)
3.      Nur Aqilah Natasha binti Hazan    (A151794)
4.      Asna Syahirah binti Abdullah        (A147880)
5.      Nor Atika binti Aswad                   (A147207)
6.      Siti Attiyah binti Marzuki              (A147459)
7.      Raihan binti Ramli                         (A147398) 

v. Sumber Personal Yang Terlibat

Sumber personal yang terlibat bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan teratur adalah dengan bantuan dan penajaan daripada Adun cawangan Dengkil iaitu Yang Berbahagia Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif dan juga kerjasama dan bantuan dari Ketua Kampung Dengkil iaitu Encik Jamaludin bin Ismail.

vi. Organisasi Terlibat

Organisasi yang terlibat dalam projek ini adalah penduduk Dengkil dan  Kumpulan Pemuda Kampung Dengkil.

vii. Matlamat & Objektif Projek

 Berikut adalah antara matlamat program khidmat masyarakat:
1.      Mendedahkan remaja kepada manfaat dan kegunaan internet.
2.      Mendedahkan remaja dan pelajar tentang pentingnya mengurus masa belajar.
3.      Perkongsian tips belajar kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
4.      Mendedahkan pelajar cara mengurus tekanan dengan betul.
5.      Seterusnya, bagi memastikan projek ini berjaya, kami akan mendokumentasikan segala bahan dan kerja berpasukan dalam bentuk video dan gambar untuk dimuatnaik kedalam blog kumpulan.

viii. Pelaksanaan Projek

1.      Bagi menjayakan projek ini, mensyuarat bersama ahli kumpulan 1 akan diadakan sebanyak dua kali. Mensyuarat kali pertama bagi membahagikan tugasan dan perjumpaan kali kedua adalah untuk membuat persediaan rapi sebelum program dijalankan.
2.      Usaha pencarian memohan dana juga akan dilakukan bagi memastikan kelancaran projek ini.
3.      Usaha mengedar risalah juga akan dijalankan supaya program mendapat sambutan dan diuar-uar.
4.      Surat Jemputan kepada perasmi majlis juga akan diedarkan.

ix. Perancangan Projek

1.      Penyediaan proposal akan dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan projek ini berjalan dengan lancar.
2.      Perjumpaan akan dilakukan dengan ahli kumpulan bagi memastikan setiap ahli tahu akan tugas masing-masing dan berupaya melaksanakannya mengikut kemahiran masing-masing.
3.      Mencari bantuan kewangan atau dana bagi menyokong usaha murni projek ini.
4.      Mencari tempat seperti dewan atau bilik mensyuarat untuk diadakan seminar program ini.
5.      Usaha mengedar risalah kepada penduduk Kampung Dengkil juga akan diajalankan.
6.      Penyediaan tentatif program.
7.      Menyediakan surat jemputan untuk menjemput Adun Dengkil dan Ketua Kampung Dengkil sebagai perasmi.
8.      Segala maklumat, data, gambar dan rakaman di muatnaik dalam blog kumpulan untuk dikemaskini dan direkodkan.
9.      Penyediaan laporan akhir untuk dihantar kepada pensyarah kursus ini.

x. Senarai Pembahagian Tugasan

No
Nama
Tugas
1
Ain Salsabila binti Jamaludin        
-          Penyediaan proposal
-          Menyediakan peralatan
-          Menyediakan Poster Program.
-          Menyediakan surat permohonan dana.
-          Menyediakan surat undangan kepada ADUN dan Ketua Kampung Dengkil.
-          Menyediakan surat permohonan meminjam bilik mensyuarat.
2
Siti Aishah binti Mohd Yusof        
-          Bendahari
-          Memohon dana.
-          Menyediakan pengangkutan.
3
Nur Aqilah Natasha binti Hazan    
-          Menyediakan borang maklumbalas proram.
4
Asna Syahirah binti Abdullah        
-          Memohon dana.
-          Mendokumentasikan program khidmat masyarakat dalam bentuk video dan gambar.
5
Nor Atika binti Aswad                   
-          Mendokumentasikan kerja dan mensyuarat dalam bentuk video dan gambar
-          Menyediakan tentatif program
6
Siti Attiyah binti Marzuki              
-          Penyediaan Laporan Akhir
7
Raihan binti Ramli                         
-          Menyediakan risalah untuk diedar
-          Penyediaan Laporan Akhir

xi. Cara Mendokumentasi & Merekodkan     Projek

Segala bahan-bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini dilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan di dalam Blog kumpulan iaitu “Apresiasi Teknologi Maklumat (Kumpulan 1)” yang telah ditubuhkan pada permulaan projek.

xii. Lain-lain Perancangan

  • Bagi memastikan projek ini berjalan lancar,Setiap ahli kumpulan perlu tahu dan arif dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.
  • Projek perlu dilaksanakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
  • Taklimat ringkas diadakan dari semasa ke semasa atau pemakluman kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat aktiviti yang akan dilaksanakan.  
  •  Merekodkan segala bahan untuk didokumentasikan.
  • Berupaya mengambil tindakan penyelesaian masalah dengan segera sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan sepanjang projek ini dijalankan.