Monday, November 3, 2014

Proposal 3 November 2014

   PEMBINAAN LAMAN SESAWANG
PROJEK PENGURUSAN PENUBUHAN LAMAN SESAWANG TAMAN DESA SENTOSA, TERAS JERNANG SELANGOR.

ZT1062 :
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

NAMA PENSYARAH :
ENCIK AHMAD RAFIZI SALLEH

29 SEPTEMBER 2014 - 1 DISEMBER 2014


KUMPULAN 1 :

Ain Salsabila binti Jamaludin        (A151383)
Siti Aishah binti Mohd Yusof        (A149930)
Nur Aqilah Natasha binti Hazan    (A151794)
Asna Syahirah binti Abdullah        (A147880)
Nor Atika binti Aswad                   (A147207)
Siti Attiyah binti Marzuki              (A147459)
Raihan binti Ramli                         (A147398)


    i.            Tema
Tema bagi pelaksanaan projek bagi kursus ZT1062 ialah ‘Pembinaan Laman Sesawang’ untuk kawasan perumahan pilihan pelajar.

ii.            Nama Projek
Nama projek yang telah dipilih dan ditetapkan oleh ahli kumpulan 1 ialah ‘Projek Pengurusan Penubuhan Laman Sesawang Taman Desa Sentosa’. Kumpulan kami telah memilih Taman Desa Sentosa sebagai kawasan untuk projek ini dilaksanakan.

iii.            Tempoh Pelaksanaan Projek
Projek ini  akan dijalankan selama lebih kurang sepuluh minggu bermula dari tanggal 29 September 2014 minggu pertama sehingga 1 Disember 2014 bersamaan dengan minggu kesepuluh.

iv.            Ahli Kumpulan Projek
Projek ini diketuai oleh Ain Salsabila binti Jamaludin dibantu oleh 6 orang rakan yang turut mengambil kursus ini dalam menjayakan Projek Pengurusan Penubuhan Laman Sesawang bagi Taman Desa Sentosa.

Ahli-ahli dalam Kumpulan 1 ini terdiri daripada:

1.      Ain Salsabila binti Jamaludin        (A151383)
2.      Siti Aishah binti Mohd Yusof        (A149930)
3.      Nur Aqilah Natasha binti Hazan    (A151794)
4.      Asna Syahirah binti Abdullah        (A147880)
5.      Nor Atika binti Aswad                   (A147207)
6.      Siti Attiyah binti Marzuki              (A147459)
7.      Raihan binti Ramli                         (A147398)


v.            Sumber Personal Yang Terlibat
Sumber personal yang terlibat bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan teratur adalah dengan bantuan dan penajaan daripada Unit Auditorium Siswa dan Adun cawangan Dengkil iaitu Yang Berbahagia Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif.

vi.            Organisasi Terlibat
Organisasi yang terlibat dalam projek ini adalah penduduk-penduduk  Taman Desa Sentosa yang terletak di Teras Jernang, Selangor Darul Ehsan.

vii.            Matlamat dan Objektif Projek
 Berikut adalah antara matlamat program khidmat masyarakat:

1.      Matlamat projek ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan Taman Desa Sentosa untuk diisi didalam laman sesawang yang telah dipilih iaitu ‘Blog’.
2.      Seterusnya, bagi memastikan projek ini berjaya, kami akan mendokumentasikan segala bahan dan kerja berpasukan dalam bentuk video dan gambar untuk dimuatnaik kedalam Blog tersebut.
  
viii.            Pelaksanaan Projek
1.      Bagi menjayakan projek ini, mensyuarat bersama ahli kumpulan 1 akan diadakan sebanyak dua kali. Mensyuarat kali pertama bagi membahagikan tugasan dan perjumpaan kali kedua adalah untuk membuat persediaan rapi sebelum perjumpaan dengan Ketua Kampung Taman Desa Sentosa.
2.      Usaha pencarian untuk memohan dana juga akan dilakukan bagi memastikan kelancaran projek ini.
3.      Mensyuarat bersama Ketua Kampung Taman Desa Sentosa pula akan dijalankan sekali sahaja bagi menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mengetahui sejarah penubuhan taman, asal usul nama taman, peratusan penduduk, jumlah rumah yang terdapat dalam taman tersebut dan lain-lain.

ix.            Perancangan
1.      Penyediaan proposal akan dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan projek ini berjalan dengan lancar.
2.      Perjumpaan akan dilakukan dengan ahli kumpulan bagi memastikan setiap ahli tahu akan tugas masing-masing dan berupaya melaksanakannya mengikut kemahiran masing-masing
3.      Mencari bantuan kewangan atau dana bagi menyokong usaha murni projek ini.
4.      Temujanji dengan Ketua Kampung Taman Desa Sentosa diadakan bagi mengetahui latar belakang Taman Desa Sentosa.
5.      Segala maklumat, data, gambar dan rakaman di muatnaik dalam blog kumpulan dan blog taman untuk dikemaskini dan direkodkan.
6.      Penyediaan laporan akhir untuk dihantar kepada pensyarah kursus ini.

x.            Senarai Pembahagian Tugasan

No
Nama
Tugas
1
Ain Salsabila binti Jamaludin        
-          Ketua kumpulan
-          Penyediaan proposal
-          Menubuhkan blog kumpulan dan blog Taman Desa Sentosa
2
Siti Aishah binti Mohd Yusof        
-          Setiausaha
-          Jurucakap kumpulan
-          Penyediaan soalan projek
-          Mengatur temujanji dengan ketua kampong Taman Desa Sentosa
3
Nur Aqilah Natasha binti Hazan    
-          Bendahari
-          Mengurus pengangkutan pergi dan balik sepanjang menjalankan projek.
4
Asna Syahirah binti Abdullah        
-          Menyediakan peralatan sepanjang projek dijalankan.
5
Nor Atika binti Aswad                   
-          Mendokumentasikan kerja dan mensyuarat dalam bentuk video dan gambar
6
Siti Attiyah binti Marzuki              
-          Penyediaan Laporan Akhir
7
Raihan binti Ramli                         
-          Penyediaan Laporan Akhir


xi.            Cara Mendokumentasi & Merekodkan Projek
Segala bahan-bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini dilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan di dalam Blog kumpulan iaitu “Apresiasi Teknologi Maklumat (Kumpulan 1)” yang telah ditubuhkan pada permulaan projek.

xii.            Lain-lain Perancangan
Bagi memastikan projek ini berjalan lancar,

                                i.        Setiap ahli kumpulan perlu tahu dan arif dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing
                              ii.            Projek perlu dilaksanakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
                            iii.            Taklimat ringkas diadakan dari semasa ke semasa atau pemakluman kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat aktiviti yang akan dilaksanakan.
                            iv.            Merekodkan segala bahan untuk didokumentasikan.
Berupaya mengambil tindakan penyelesaian masalah dengan segera sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan sepanjang projek ini dijalankan

No comments:

Post a Comment