Monday, November 3, 2014

SURAT MEMOHON DANA DARIPADA AUDITORIUM SISWA

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.


Pusat Auditorium Siswa,
Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.                                                                                    3 November 2014

                                                                                               
Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROJEK PEMBINAAN LAMAN SESAWANG BAGI TAMAN DESA SENTOSA, TERAS JERNANG SELANGOR.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan projek penubuhan laman sesawang bagi Taman Desa Sentosa yang terletak di Teras Jernang Selangor.

1.         Projek penubuhan laman sesawang ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendaftar Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat sebagai salah satu kursus Citra Wajib.

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini.

3.         Bersama-sama ini saya lampirkan kertas kerja projek ini.

4.         Kerjasama pihak tuan bagi membantu kami menjalankan projek ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

No comments:

Post a Comment