Tuesday, November 11, 2014

SURAT MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN BILIK MENSYUARAT BAGI MENGADAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
___________________________________________________________________________

Encik Jamaludin bin Ismail,
Ketua Kampung Dengkil,
Lot 10846 Batu 1,
Jalan Air Hitam,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.                                                                                    3 November 2014

                                                                                               
Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN BILIK  MENSYUARAT BAGI MENGADAKAN PROGRAM.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon menggunakan bilik mensyuarat bagi meneruskan program khidmat masyarakat bagi Kampung Dengkil yang terletak di Sepang Selangor.

1.         Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon menggunakan bilik mensyuarat tersebut bagi mengadakan ‘Program Cara Belajar Di Laman Sesawang & Tips Belajar’ untuk pelajar-pelajar yang menetap di Dengkil pada masa dan tarikh berikut:

                        Tarikh: 15 November 2014
                        Masa  : 9.00 pagi – 12 tengahari

3.         Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini. Kerjasama tuan bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

No comments:

Post a Comment