Sunday, November 2, 2014

PROPOSAL PROJEK




   PEMBINAAN LAMAN SESAWANG

PROJEK PENGURUSAN PENUBUHAN LAMAN SESAWANG TAMAN DESA SENTOSA


ZT1062 :
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

NAMA PENSYARAH :
ENCIK AHMAD RAFIZI SALLEH

29 SEPTEMBER 2014 - 1 DISEMBER 2014


KUMPULAN 1 :

Ain Salsabila binti Jamaludin        (A151383)
Siti Aishah binti Mohd Yusof        (A149930)
Nur Aqilah Natasha binti Hazan    (A151794)
Asna Syahirah binti Abdullah        (A147880)
Nor Atika binti Aswad                   (A147207)
Siti Attiyah binti Marzuki              (A147459)
Raihan binti Ramli                         (A147398)


    i.            Tema
Tema bagi pelaksanaan projek bagi kursus ZT1062 ialah ‘Pembinaan Laman Sesawang’ untuk kawasan perumahan pilihan pelajar.

ii.            Nama Projek
Nama projek yang telah dipilih dan ditetapkan oleh ahli kumpulan 1 ialah ‘Projek Pengurusan Penubuhan Laman Sesawang Taman Desa Sentosa’. Kumpulan kami telah memilih Taman Desa Sentosa sebagai kawasan untuk projek ini dilaksanakan.

iii.            Tempoh Pelaksanaan Projek
Projek ini  akan dijalankan selama lebih kurang sepuluh minggu bermula dari tanggal 29 September 2014 minggu pertama sehingga 1 Disember 2014 minggu kesepuluh.

iv.            Ahli Kumpulan Projek
Projek ini diketuai oleh Ain Salsabila binti Jamaludin dibantu oleh 6 orang rakan yang turut mengambil kursus ini dalam menjayakan Projek Pengurusan Penubuhan Laman Sesawang bagi Taman Desa Sentosa. Ahli-ahli dalam kumpulan 1 ini terdiri daripada Asna Syahirah binti Abdullah, Nor Atika binti Aswad, Siti Attiyah binti Marzuki, Raihan binti Ramli, Siti Aishah binti Mohd Yusof dan Nur Aqilah Natasha binti Hazan.

v.            Sumber Personal Yang Terlibat
Sumber personal yang terlibat bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan teratur adalah dengan bantuan dan penajaan daripada Unit Auditorium Siswa dan Adun cawangan Dengkil iaitu Yang Berbahagia Dato’ Shahrum bin Sharif.

vi.            Organisasi Terlibat
Organisasi yang terlibat dalam projek ini adalah penduduk-penduduk  Taman Desa Sentosa yang terletak di Teras Jernang, Selangor Darul Ehsan.


vii.            Matlamat dan Objektif Projek
 Berikut adalah antara matlamat program khidmat masyarakat:

1.      Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.

2.      Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.

3.      Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara

4.      Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain.

5.      Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

6.      Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

7.      Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa ‘ringan tulang’ membantu orang lain yang memerlukan.

viii.            Pelaksanaan Projek
Projek ini dilaksanakan dengan membangunkan laman sesawang bagi Taman Desa Sentosa kerana Taman Desa Sentosa masih belum mempunyai laman sesawang persendirian. Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, kami mengumpulkan bahan maklumat melalui temubual bersama Ketua Kampung Taman Desa Sentosa, mendokumentasikan kerja ahli kumpulan dalam bentuk video dan gambar serta membangunkan laman sesawang dalam bentuk blog.

ix.            Perancangan
Perancangan yang kami lakukan bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan sistematik adalah dengan:

                                i.            Mengenal pasti dan memilih tajuk atau projek khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan.
                              ii.            Mengenal pasti matlamat, tujuan, dan objektif yang jelas agar tidak berlaku pembaziran dari segi tenaga, wang ringgit dan masa.
                            iii.            Mengenal pasti sumber-sumber lain yang boleh membantu pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan.
                            iv.            Mengenal pasti pihak-pihak lain yang boleh memberikan sumbangan pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat.
                              v.            Mengatur dan memperincikan pelaksanaan mesyuarat ahli jawatankuasa yang terlibat.
                            vi.            Menyediakan senarai semak tugasan dan perlatan serta sokongan lain yang perlu untuk melicinkan perjalanan aktiviti khidmat masyarakat.
                          vii.            Menyenaraikan dan membuat pembahagian tugasan mengikut kemahiran serta kebolehan individu yang turut serta dalam khidmat masyarakat.
                        viii.            Menentukan cara pengumpulan maklumat dan pendokumentasian sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
                            ix.            Menentukan cara merekodkan pelaksanaan projek khidmat masyarakat bagi tujuan pelaporan dan pendokumentasian.
                              x.            Menentukan sumber kewangan bagi pelaksanaan projek.
                            xi.            Lain-lain perancangan yang akan memastikan setiap aktiviti khidmat masyarakat dapat dijalankan secara berhemah, berdisiplin dan mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan.

x.            Pelaksanaan Aktiviti
Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, kami telah menyenaraikan perkara-perkara penting bagi melaksanakan projek ini:

                                i.            Memastikan bahawa projek yang dilaksanakan adalah berdasarkan perancangan serta kemampuan yang telah dirancang pada peringkat awal.
                              ii.            Taklimat  ringkas diadakan dari semasa ke semasa atau pemakluman kepada semua ahli tentang tugas, peranan dan matlamat aktiviti yang akan dilaksanakan.
                            iii.            Melaksanakan aktiviti secara co-current dan setiap ahli perlulah patuh pada penjadualan tugasan yang telah diagihkan semasa perancangan.
                            iv.            Merekodkan setiap kerja khidmat masyarakat untuk dijadikan bahan dokumentasi, video atau gambar sebagai bukti.
                              v.            Mengambil tindakan penyelesaian masalah dengan segera sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan kelak. Pengurusan masa dan susun atur serta penjadualan yang sempurna tentang setiap aktiviti perlu difahami oleh setiap ahli.

xi.            Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu dalam memastikan projek ini berjalan lancar terutama kepada pensyarah kursus Apresiasi Teknologi Maklumat iaitu Encik Ahmad Rafizi Salleh yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan projek ini. Selain itu, sekalung budi juga diucapkan kepada penaja yang menaja kumpulan 1 dalam melaksanakan projek ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Kampung Taman Desa Sentosa kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah dan tidak dilupakan para penduduk Taman Desa Sentosa kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

No comments:

Post a Comment