Saturday, November 8, 2014

SURAT MEMOHON DANA DARI ADUN BAGI MENERUSKAN PROJEK PENUBUHAN LAMAN SESAWANG

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
______________________________________________________________________________

Y.Bhg. Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif,
ADUN Kawasan Dengkil,
Rumah Hijau,
KM 4.5 Jalan Banting – Dengkil,
Sepang, Selangor.                                                                                           3 November 2014

                                                                                               
Y.Bhg. Dato’,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROJEK PEMBINAAN LAMAN SESAWANG BAGI KAMPUNG DENGKIL SEPANG SELANGOR.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan projek penubuhan laman sesawang bagi Kampung Dengkil yang terletak di Sepang Selangor.

1.         Projek penubuhan laman sesawang ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendaftar Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat sebagai salah satu kursus Citra Wajib.

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini.

3.         Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini.

4.         Kerjasama Y.Bhg. Dato’ bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.


Yang Benar,


…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

No comments:

Post a Comment