Tuesday, November 11, 2014

SURAT MOHON SUMBANGAN ADUN UNTUK PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________________________

Y.Bhg. Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif,
ADUN Kawasan Dengkil,
Rumah Hijau,
KM 4.5 Jalan Banting – Dengkil,
Sepang, Selangor.                                                                                           3 November 2014

                                                                                               
Y.Bhg. Dato’,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KAMPUNG DENGKIL SEPANG SELANGOR.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan program khidmat masyarakat bagi Kampung Dengkil yang terletak di Sepang Selangor.

1.         Program khidmat masyarakat ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2.         Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini.

3.         Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini.

4.         Kerjasama Y.Bhg. Dato’ bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.


Yang Benar,



…………………………………………..

(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)

No comments:

Post a Comment